Majalah Wanita Hari Ini. Tadika U bestari

Agar Si Comel Seronok Ke Sekolah Wanita Hari Ini, WHI

...

                Sama ada anda sedar atau tidak, masih ada di antara kita menganggap anak-anak hanya layak dihantar ke tadika ketika berusia enam tahun. Sebelum tempoh itu, mereka merasakan anak-anak lebih sesuai dibiarkan bermain di rumah bersama adik-adik atau pengasuhnya sahaja.
                Menurut Pengerusi Tadika “U” Bestari, Hjh. Umi Salamah Hj. Zainal Abidin, pemilihan tadika yang sesuai amat penting di peringkat awal ini. Lebih baik juga sekiranya ibu bapa menghantar anak-anak ke tadika lebih awal daripada usia enam tahun untuk membiasakan mereka dengan dunia persekolahan sebenar nanti.
                “Andaian anak cepat bosan bila dihantar lebih awal ke tadika tidak benar sama sekali. Ini kerana sistem pembelajaran untuk peringkat usia yang berbeza adalah tidak sama. Di “U” bestari, contohnya, kanak-kanak diasingkan mengikut peringkat umur  dan sukatan pelajaran yang diajar juga sesuai dengan tahap umur terseut. Mereka hanya akan bergabung ketika aktiviti senaman, nyanyian dan bacaan ikrar sekolah.
“Di sini, saya dan kumpulan guru terlatih akan memastikan pelajar mendapat sesuatu bila mereka datang ke sekolah (tadika). Bukan sahaja tahu mengeja dan pandai menyelesaikan matematik malah kami akan mencungkil bakat terpendam yang ada dalam diri masing-masing.
                “Bagi saya, kejayaan pelajar adalah hasil kesimbangan kasih-sayang, disiplin, impian, kesungguhan, keberanian dan kerajinan. Perkara asas ini mesti dipupuk dan dibentuk dari alam pra-sekolah lagi. Ia tidak akan lahir dengan tiba-tiba. Ia tidak jugak sukar, jika dilakukan hari demi hari, sedikit demi sedikit,ujar Hjh. Umi Salamah.

Wanita Hari Ini, WHI (anakku) 1 Ogos

Comments