HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN SESI PAGI 2015

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN SI COMEL

 
...
 
 
 
Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera
 
Ampang, 13 Jan 2015,- Hari ini merupakan hari pertama para pelajar Tadika U Bestari memulakan sesi persekolahan tahun 2015. Seperti biasa pastinya ada berbagai lagat yang mencuri perhatian daripada adik-adik ini terutamanya murid-murid yang baru pertama kali bersekolah dengan antaranya yang menangis apabila berpisah dengan ibubapa.
 
    Namun perkara ini sudah menjadi asam garam bagi para guru di awal persekolahan. Pelajar-pelajar yang menangis akan diasingkan ke tempat lain untuk memujuk mereka. Setelah mereka bertenang barulah mereka di bawa ke kelas masing-masing untuk menyertai pembelajaran bersama rakan-rakannya. Berdasarkan daripada pengalaman kami, I'Allah dalam seminggu dua mereka akan dapat menyesuaikan diri dan berasa seronok datang ke sekolah untuk belajar bersama rakan-rakan.
 
    Murid-murid yang mempunyai pendedahan awal persekolahan. I'Allah mereka akan lebih bersedia apabila memasuki sekolah rendah kelak kerana mereka telah mempunyai pengalaman bersekolah daripada peringkat awal lagi. Para ibu bapa tidak seharusnya berasa khuatir untuk menghantar anak-anak ke sekolah dengan lebih awal. 
 
    Di Tadika U Bestari kami menekankan para pelajar untuk taat kepada perintah Allah S.W.T, mempunyai akhlak yang baik, hormati guru dan ibu bapa, suka belajar dan penyayang. Kami percaya sekiranya mereka mempunyai ciri-ciri ini, i'Allah akan lahir generasi yang bijak pandai, hormat-menghormati dan lebih-lebih lagi menjadi hamba Allah S.W.T yang soleh solehah.
 
 
Sekian daripada
Bahagian pengurusan TUB

Comments