AIR YANG ANDA MINUM TIDAK SELAMAT !!!

Air nampak bersih tapi sebenarnya...



Terkejut?? atau sudah biasa tengok tapi buat-buat tak tahu??

Lihat kekotoran pada katrij yang hitam legam, berlendir, penuh berlumpur dan berkarat. Walaupun air yang anda minum itu nampak putih bersih, tetapi pada hakikatnya ia mengandungi lumpur dan lendir yang anda tidak dapat lihat dengan mata kasar..

TAHUKAH ANDA, walaupun air telah dirawat dengan KLORIN di loji air, banyak lagi unsur-unsur cemar yang terdapat di dalam air paip yang masih tertinggal dan boleh memudaratkan kesihatan anda..

Karat, kuman, virus, logam berat, bahan radioaktif malahan najis dan mayat juga antara pencemaran yang turut sama keluar dari paip air yang dibekalkan kerumah anda. 

Kesan KLORIN kepada tubuh manusia:-
  1. Menjadi toksid kepada tubuh manusia jika terhidu
  2. Menghakis tisu manusia
  3. Amat merbahaya dan boleh membentuk hazard kimia sekiranya bertindak dengan acetylene, ether, gas ammonia dan hydrogen
Tahukah anda yang badan kita memerlukan air yang banyak?



Antara saranan asas yang sering diberikan pakar perubatan dan pemakanan ialah minum banyak air iaitu sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas atau dua liter sehari untuk mengekal dan meningkatkan kesihatan.

Menurut Pakar Air Bertauliah Persatuan Kualiti Air (WQA), Michael Long, kekurangan air adalah punca utama keletihan pada waktu siang yang boleh menyebabkan pernafasan menjadi pendek, sakit perut, kebas dan risau tanpa sebab munasabah.

Mengantuk selepas makan tengah hari adalah petanda penting badan kita kekurangan air. Air diperlukan untuk proses pencernaan dan metabolisme makanan. Untuk menjalankan proses ini, badan mengambil air daripada sel badan (termasuk darah).

Namun persoalannya adakah kita mahukan anak-anak kita minum air yang tidak selamat di sekolah mereka??

Maka PENYELESAIAN terbaik adalah anda seharusnya memeriksa terlebih dahulu sistem penapis air mereka. Pastikan ia berfungsi dengan baik demi kesejahteraan anak anda.


DIATAS KESEDARAN INI JUGA KAMI TELAH PUN MENGAMBIL LANGKAH TERLEBIH DAHULU UNTUK MEMILIKI SISTEM PENAPIS AIR YANG BERKUALITI.

In Sha Allah,apabila anak-anak ini dapat air minuman yang bersih dan mencukupi. mereka akan lebih fokus dan bertenaga sewaktu pembelajaran mereka. Pihak kami akan sentiasa memberikan yang terbaik kepada anak-anak anda seperti mana yang anda harapkan. Kami juga amat menghargai akan sokongan para ibu bapa yang luar biasa terhadap kami. Secara tidak langsung ia terus membakar semangat kami untuk kami terus menjadi badan pendidik yang bertambah-tambah cemerlang, gemilang dan terbilang sepanjang zaman. In Sha Allah Aminn.


Tadika U Bestari Terbaik




Comments