RAHSIA MENDIDIK ANAK MEMBACA TANPA PERLU DISURUH

RAHSIA MENDIDIK ANAK MEMBACA TANPA PERLU DISURUH 


Masyarakat Malaysia terkenal sebagai masyarakat yang malas membaca lebih-lebih lagi apabila bahan bacaan itu berbentuk ilmiah. Penyakit ini menular dari generasi ke generasi.
Dalam meniti arus permodenan yang semakin pantas. Memiliki ilmu adalah amat penting dalam apa juga aktiviti yang dilakukan agar kita tidak tertipu atau dimanipulasi oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab. Bahkan yang lebih teruk jika kita terjerat di dalam perangkap yang menyebabkan seluruh keluarga menjadi mangsa keadaan. 
Adakah anda mahu perkara tersebut dialami oleh anak-anak anda yang bakal menongkah arus yang lebih dahsyat di masa hadapan?
Sudah pasti tidak bukan
Disini kami ingin berkongsikan antara rahsia mudah dalam mendidik anak-anak membaca tanpa perlu disuruh.

MENYEDIAKAN MINI PERPUSTAKAAN DIRUMAH


Setiap ibu bapa disarankan supaya mewujudkan suasana berilmu dirumah dengan mengadakan perpustakaan mini dirumah.
Jika anda mampu menyediakan permainan dan peralatan yang lain seperti basikal untuk anak-anak, mengapa tidak juga mewujudkan perpustakaan mini di rumah untuk menjadikan suasana keluarga berilmu?
Dengan mewujudkan satu ruang yang selesa untuk membaca dan menyediakan bahan bacaan seperti buku-buku dan majalah yang berilmiah, ia dapat menimbulkan suasana yang berilmu di dalam rumah, disamping menambah kemesraan dalam keluarga.
Pembacaan yang dimulakan di rumah adalah titik awal bagi mewujudkan sikap sukakan buku dan ilmu dalam jiwa anak. Sifat ini lebih amat mudah dibentuk dalam diri anak-anak jika kita mulakannya seawal seusia mereka. Dengan memiliki sifat ini secara tidak langsung akan melahirkan generasi yang cintakan ilmu.
Lihatlah berapa ramai tokoh-tokoh yang berjaya diluar sana, mereka bukan setakat sahaja membaca buku untuk pengajian bah kan mereka juga banyak membaca buku-buku ilmiah yang dapat menambah baik kehidupan mereka dari masa ke semasa. Maka tidak ragu lagi bahawa dengan cara memupuk anak kita rajin membaca akan menjadikan mereka berilmu dan berjaya.

Merancang wang untuk membeli bahan bacaan
Ibu  bapa harus merangcang perbelanjaan setiap bulan supaya mampu membeli bahan bacaan untuk ditempatkan di perpustakaan mini yang kita sediakan itu. Kunjungi pameran pesta buku bagi mendapatkan bahan bacaan pada harga yang lebih murah dan berpatutan.
Walaupun rumah kita kecil dan terhad, tetapi jangan pernah bataskan keperluan untuk mewujudkan ruang membaca ini. Yang patut kita utamakan adalah bentuk dan jenis bahan bacaan yang kita dapat sediakan dalam ruangan tersebut.
6 PETUA MUDAH dan BERKESAN untuk ANAK MEMBACA DI MINI PERPUSTAKAAN RUMAH
1. HARI TANPA TV.
Ibu bapa yang ingin mendidik anak supaya tidak menonton televisyen, mereka disarankan mengadakan hari tanpa TV di rumah.
Hari tanpa TV digantikan dengan aktiviti hari membaca. Lama-kelamaan anak-anak dan ahli keluarga beransur-ansur meminati buku.
2. TUTUP TELEVISYEN KITA
Ramai orang berkata mereka tidak cukup masa membaca. Televisyen adalah punca utama ibu bapa dan anak menggunakan masa dengan boros.
Tabiat menonton televisyen perlu diawasi dan kekerapannya perlu dikurangkan.
Tidak salah menonton televisyen untuk perkara yang bermanfaat. Sekiranya anak kita mahu membuka suis televisyen, tutup televisyen dan berikan buku kepadanya. Pupuk mereka mencintai buku.
Kita juga perlu menunjukkan contoh yang baik di hadapan mereka dengan cara membaca bersama-sama dengan mereka.

3. KURANGKAN PENGGUNAAN INTERNET UNTUK TUJUAN LAIN

Mengurangkan penggunaan internet juga membantu anak membaca. Namun, ia bergantung pada tujuan penggunaan internet di rumah.
Sekiranya anak-anak menggunakan internet bagi membaca secara online, ia perlu diawasi. Pastikan saluran Internet itu dilengkapkan dengan sistem yang menghalang anak mengakses halaman yang tidak sepatutnya untuk anak.

4. BACAKAN BUKU UNTUK ANAK

Tabiat membaca harus dipupuk seawal usia kanak-kanak, kerana ini adalah waktu paling mudah membentuk mereka. Ia membantu mereka menjadi pembaca yang tekun apabila dewasa dan menjadikan mereka orang yang berjaya.
Carikan mereka buku kanak-kanak yang menarik dan bacakan kepada mereka. Pada waktu yang sama, kita membentuk minat membaca dalam diri anak dan berpeluang menghabiskan masa yang bermutu dengan anak.
5. BERGAUL DENGAN KELOMPOK PEMBACA
Biasanya kelompok pembaca bertemu sebulan sekali bagi membincangkan sebuah buku yang mereka pilih untuk bulan tersebut.
Dengan menyertai kumpulan seperti ini, ia mendorong kita dan anak-anak bagi menghabiskan bacaan buku dan memberi peluang kepada kita berbincang dan bergaul dengan masyarakat berdasarkan tema buku yang dibaca.
6. LIBATKAN AHLI KELUARGA ATAUPUN RAKAN ANAK
Cubalah mengajak orang di sekitar kita membaca bersama. Set masa membaca sekurang-kurangnya 10 minit sehingga 15 minit beberapa kali dalam sehari.
Ini dapat menggalakkan ahli keluarga kita dan rakan-rakanya menjadikan membaca sebagai satu amalan.
Kita pasti seronok apabila satu ayat yang kita baca dapat merubah jalan kita daripada kesesatan menuju gerbang hidayah. Malah, satu perkataan yang ada dalam sekeping kertas menjadi penyebab kebahagiaan kita.
Kita pasti jemu dengan segala sesuatu yang ada di dunia kecuali membaca. Bahkan, rumah tanpa perpustakaan ibarat manusia tanpa nyawa.
PENUTUP: JANGAN SALAHKAN ANAK SEMATA-MATA!

Jangan salahkan anak bila mereka tidak mahu/minat belajar jika kita sendiri gagal memahami kepentingan semua ini, maka usahlah meletakkan kesalahan malas belajar dan tidak pandai kepada anak semata-mata.
Jangan kedekut melabur bagi tujuan memberikan ilmu kepada anak-anak. Ibu bapa yang hebat sanggup mendahulukan pelajaran dan disamping perkara-perkara yang kurang penting. Bagi mereka, pendidikan anak-anak adalah keutamaan.
Ilmu yang bermanfaat yang kita berikan pada mereka akan menjadi saluran pahala kepada kita mesikipun hayat kita sudah tiada lagi.
Mudah-mudahan dengan perkongsian ini dapat membina generasi pintar yang sentiasa cinta kan ilmu. Sekian terima kasih
TUB terbaik



Comments