I LOVE SCHOOL

...

WAKTU PENDAFTARAN


8.00 pagi sehingga 3.00 petang ISNIN-JUMAAT

OTHER ACTIVITIES

HARI KANAK-KANAK SEDUNIA @ TADIKA U BESTARI.

Pada 21 Nov 2014 (Jumaat) sempena hari terakhir persekolah sesi 2014.Kami telah mengadakan Hari Kanak-kanak Sedunia di perkarangan sekolah. Pelbagai hidangan yang lazat telah diberikan oleh para ibu bapa untuk menjayakan program ini.

Objektif Hari kanak-kanak seluruh dunia diwujudkan adalah sebagai satu tanda penghormatan dan pengiktirafan masyarakat terhadap kanak-kanak dan hak-hak mereka. Selain itu ia juga bertujuan untuk menyedarkan setiap golongan masyarakat akan tanggungjawab mereka dalam memelihara hak dan masa depan kanak-kanak.

Pihak kami menyambut baik perkara ini kerana ia adalah sejajar dengan matlamat kami. Kami juga amat berterima kasih kepada semua para ibu bapa yang telah memberi sokongan penuh kepada program kami. 

Mudah-mudahan anak-anak ini dapat membesar dalam suasana aman, bahagia, harmoni & lain-lain lagi seperti mana yang dituntut dalam agama kita. Insha'Allah

 

 

...

No comments:

Post a Comment